Kursus Mengedit Video, Asas Penggunaan Kamera, Support Ticketing System Dan Konfigurasi Rangkaian.

Posted by Computer Technicians on 4:02 PTG with No comments


Melalui,

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Pontian.

Tuan,

KURSUS MENGEDIT VIDEO, ASAS PENGGUNAAN KAMERA, SUPPORT TICKETING SYSTEM DAN KONGFIGURASI RANGKAIAN

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian akan mengadakan kursus di atas
seperti ketetapan berikut:

               Tarikh        :  15 dan 16 Oktober 2012
               Masa          :  8.00 pagi - 4.30 petang
              Tempat        : Pusat Kegiatan Guru Bandar, Pontian

3.        Antara objektif kursus ialah untuk meningkatkan kemahiran pengeditan video agar, peserta
kursus dapat membuat, membina dan menghasilkan video yang berkualiti. Disamping itu kursus dapat
memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan kamera mengikut situasi dan lokasi
penggambaran, memberikan pendedahan dan mendalami kemahiran support ticketing system serta
meningkatkan kemahiran mengkongfigurasi rangkaian lan dan wan.

..........