Ahad, 3 April 2016

Menyertai Program Classroom Makeover VLE


Sekolah-sekolah di daerah pontian boleh membuat permohonan untuk pengubahsuaian kelas menjadi Frog VLE Future Classroom. Post ini sekadar hebahan maklumat/info berkenaan program tersbeut.

Pengetua dan Guru Besar                                                                                                               Sekolah-Sekolah Daerah Pontian                                                                                                        (Untuk tindakan Guru Penyelaras ICT @ Guru Penyelaras Bestari)
Tuan/Puan,
Makluman ; Permohonan Pengubahsuaian Classroom Makeover VLE Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Pontian
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Diminta pihak sekolah tuan/puan dapat mengisi borang pemohonan secara online bagi menggantikan kelas yang sedia ada kepada kelas pembelajaran abad ke 21 VLE di bawah Program Classroom Makeover YTL Foundation.
3.      Pautan kepada borang pemohonan online  dan pautan bagi manual pengubahsuaian bilik darjah kepada Classroom Makeover VLE sebagaimana dibawah:
4.       Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan/puan di atas perkara ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG di zon masing-masing
Sekian, terima kasih.
*sumber : https://pkgkukup.wordpress.com

Isnin, 29 Februari 2016

CRAM System - Computer Repairing And Maintenance System

Sistem Baikpulih dan Penyelenggaraan Komputer

Aplikasi CRAM System ini diwujudkan bagi membantu sekolah di daerah Pontian mengemukakan aduan kerosakan/masalah ICT. Masih lagi dalam fasa prototaip system.Mengharapkan bantuan rakan-rakan FT untuk cuba uji lari aplikasi ini. Konsep yang sama dengan STS docs, tetapi berbeza pada detail kerosakan, cuma simptom kerosakan direkodkan. FT yang akan kenalpasti kerosakan dan permasalahan yang timbul setelah kunjungan ke sekolah aduan dibuat.

Boleh mencuba akses dan mengisi form yang di kemukakan.Klik pada link di bawah.Jika ada sebarang komen, atau cadangan penambahbaikan sila tinggalkan komen anda di ruangan komen.

CRAM System - http://goo.gl/forms/HEuS8RD6R6

Antaramuka CRAM System


Ahad, 28 Februari 2016

Contoh Borang Elaun Pakaian Panas EP.JPA. 1/97 Kemaskini 1 Mac 2016


Berikut adalah contoh bagi Borang Elaun Pakaian panas EP. JPA. 1/97.

Terima kasih kepada En. Syahrul Razy Bin Razali.

Terima kasih...

Contoh Borang Elaun Pakaian Panas EP.JPA. 1/97

Lampiran / Rujukan - Terima kasih En. Sufian Bin Hj. Dindik atas

Kemaskini 1Mac 2016 9:18 A.M

.23.TUNTUTAN_PAKAIAN_PANAS_BILIK_KOMPUTER.pdf

SURAT PENGESAHAN ELAUN BAJU PANAS_KOSONG.docx

Isnin, 22 Februari 2016

Taklimat Pengurusan Khidmat Bantu dan Gunasama Juruteknik Komputer (FT17) sekolah-sekolah Daerah Pontian

Taklimat di beri oleh En Mohd Sharulhalim bin M.Saleh, Unit Pengurusan Maklumat dan ICT-PPD , telah diadakan pada:
    • Tarikh  : 22 Februari 2016
    • Masa   : 2.00 hingga 5.00 petang
    • Tempat : PKG Bandar Pontian



Taklimat ini memberi sedikit informasi tentang isu semasa ICT serta tugas-tugas FT yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2016.Disamping itu juga, terdapat cadangan mengikuti kursus animasi 2D anjuran kolej komuniti bagi memenuhi sasaran kursus 7 hari setahun.

Semoga semua FT dapat menjalankan tugas dengan baik sepanjang 2016 ini. Pontian Dinamik!

Rabu, 3 Februari 2016

Khidmat Bantu FT : Perhimpunan Pendidikan Daerah Pontian Bil 1/2016


Khidmat bantu ini dilaksanakan pada 2 Februari 2016 oleh Juruteknik Komputer (FT) Daerah Pontian.
Khidmat bantu ini dilaksanakan bagi membuat persediaan peralatan ICT dan siaraya.Menkonfigurasi sistem audio serta sistem operasi.Penyelenggaraan instrumen tayangan dan juga pelbagai kerja elektrik lain.Pengurusan tempat program.Pengurusan alatan ICT dan siaraya untuk menjayakan program Perhimpunan Pendidikan Daerah Pontian Bil 1/2016.
Program berjalan dengan lancar dan jayanya .Ribuan terima kasih diucapkan.

Isnin, 1 Februari 2016

Naiktaraf CHROME OS versi 44 pada chromebook

Mohon GPB/GPICT sekolah yang menerima chromebook agar segera naiktaraf chrome os versi 44. Setakat 8 Januari 2016 peratus sekolah yang naiktaraf ialah 51.37% sahaja. Unit Pembestarian BTPN Johor akan membuat pemantauan mengejut ke sekolah-sekolah yang masih belum naiktaraf OS mereka.
Harap Maklum.

Jadual Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) 1BestariNet

Bersama dengan ini dikemukakan surat dari Bahagian Teknologi Pendidikan berkaitan Jadual Penyelenggaraan Pencegahan 1BestariNet serta senarai bilangan sekolah dan negeri yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan (preventive maintenance) 1Bestarinet .Untuk makluman hanya sekolah yang mempunyai menara 1BRIS sahaja yang terlibat.

Ringkasan jumlah sekolah terlibat yang akan diselenggara mengikut bulan adalah sebagaimana dibawah.  Antara aktiviti penyenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) yang dimaksudkan adalah meliputi pemotongan rumput, selenggara pagar keselamatan, baikpulih peralatan 1BRIS dan kabel elektrik.
SENARAI PENDEK PENYELENGGARAAN BERJADUAL BULAN JANUARI- MAR TAHUN 2016
BIL
NEGERI
BILANGAN SEKOLAH
BULAN JAN
BULAN FEB
BULAN MAR
1
JOHOR
330
62
170
98
Pihak sekolah diminta memastikan wakil syarikat mengemukakan kad kuasa sebelum membenarkan kerja-kerja dilaksanakan. Selain itu, sekolah juga diminta membuat penyeliaaan sepanjang kerja-kerja dijalankan.  Sebarang masalah boleh dikemukakan ke pegawai di JPNJ di emel:adharizam.adanan@moe.gov.my atau pegawai di BTP di emel rekha@moe.gov.my

Download surat klik sini:Jadual Penyelenggaraan 1BN 2016

 Bahariah Temu
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Johor
 Tel : 07.2310.183
Fax : 07.2377.160
H/P : 013.7400.604